Monthly Archives: October 2008

Hormati Kontrak Sosial- Amaran Raja-Raja Melayu

KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Continue reading

Jangan Jadi ASKAR UPAHAN

Oleh rmf

Kita harus sentiasa ingat bahawa Parti UMNO dilahirkan atas himpunan semangat kebangsaan Melayu yang tulen untuk memperjuangkan kebebasan, keadilan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya Orang Melayu. UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, bukannya sistem diktator ataupun kuku besi. UMNO sentiasa mengutuk penindasan dan penyelewengan kuasa, ataupun mereka-mereka yang GILA KUASA. UMNO mendapat kuasa pemerintahan negara melalui undi dari rakyat, bukannya menerusi ugutan dan rasuah

Pendekkata, UMNO adalah parti yang ditaja oleh rakyat. Ini bermakna kita bukanlah ditaja oleh golongan atau pemimpin-pemimpin tertentu yang mempunyai niat yang tidak baik, niat yang terpesong dari falsafah perjuangan sebenar UMNO. Sedarlah, sedarlah tuan-tuan ahli-ahli UMNO yang kita sayangi ini, sedarlah bahawa, perjuangan yang ditaja dengan wang ringgit atau lebih mudah saya katakan, rasuah politik, ia bukan sahaja akan mendatangkan kesan kepada pengamalnya, tetapi lebih teruk lagi  ia akan mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada UMNO itu sendiri Continue reading

Dari Bahagian ke PAU

Oleh rmf

 

Dari mesyurat cawangan kita dilaungkan supaya akar umbi bersuara menyampaikan hasrat untuk kepimpinan tertinggi, tetapi semua itu adalah omongan kosong semata, Kepentingan individu mengatasi kepentingan  parti- apa tidaknya  apabila berlangsungnya mesyuarat cawangan senarai nama calun calun telah pun tersedia untuk disokong tanpa menerangkan siapakah mereka mereka ini. senarai nama yang telah siap diatur, selalunya terdiri daripada sahabat handai terapat untuk membolehkan ruang  atau peluang lebih cerah semasa pemilihan dibahagian

 

Apabila ini berlaku adakah demokrasi itu wujud didalam UMNO , sebenarnya tidak- Jika diperingkat cawangan lagi perkara ini telah berlaku apa tah lagi diperingkat bahagian Continue reading

Kontrak Sosial: Kacang Lupakan Kulit

oleh rmf

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya.  (sumber Wikipedia} Continue reading

Jika Pemimpin Lemah

oleh rmf

Ini lah akibatanya yang sebagaimana  yang dipesan oleh org tua tua dahulu, tunjukkan ketegasan kita sebagai seorang ketua, nanti anak anak buag atau jagaan kita tidak akan  naik tocang, kerana terlalu  sangat memberi peluang dan memberi muka  kepada mereka. Arahan serta  nasihat tidak akan didengari lagi, “Kaduk naik junjung” inilah yang telah berlaku  lama dah dizaman pemerintahan Islam Hadhari yang dicanangkan sistemnya oleh Imamnya Pak Lah, keterbukaan dan macam macam lagi slogan yang dicanangkan untuk di jadikan garis panduan untuk anak anak buahnya, tetapi nasihat demi nasihat tidak diakur dengan baik, begitu juga dengan diri dia sendiri dan telah diibaratkan oleh golongan terdahulu “seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul”.

Kelemahan pentadbiran dan pengurusan yang telah ditunjukkan oleh Pak Lah telah mengakibatkan beberapa siri demontrasi oleh pihak pro pembangkang tanpa memperdulikan sinsitiviti perkauman  yang telah lama dijaga rapi oleh setiap masyarakat di bumi Malaysia. Continue reading