Monthly Archives: August 2011

Agenda Seorang Petualang!!

Oleh rmf

Mari kita kenali Anwar Ibrahim secara mendalam dan apakah yang dilakukannya melalui strategi-strategi untuk menjahanamkan negara ini dengan  fahaman yang telah diterapkan melalui ideologi yang ditimbanya melalui agenda barat. Sebagai seorang pengkritik politik pembangkang , pembacaan mengenai tokoh tokoh sewajarnya dilakukan untuk mengelakkan diri kita daripada terjebak dengan aliran politik kotor  yang membawa kepada kepentingan  diri -bukan berasasklan kepada kepentingan demokrasi. Artikel ini dibentangkan bukan kerana hasad dengki, bukan kerana iri hati akan tetapi untuk memberikan kesedaran pada semua bahawa inilah yang se BENAR-BENAR nya kejadian dan peritiwa yang telah berlaku.

Continue reading

Mat Sabu Pelengkap Puzzle Komunis Moden

Oleh rmf

Berikutan kenyataan Mat Sabu di dalm ceramahnya , maka lengkap la sudah Puzzle yang selama ini berselerakan dimerata rata-Sejak adanya PAS tugasan DAP hanyalah mengarahkan sahaja- Sekarang kita lihat tidak banyak kenyataan DAP berhubung dengan apa yang mereka lakukan samaada perkara tersebut melibatkan agama , bangsa dan negara. Semua ini ditangani oleh PAS dengan senang hati.

Sekarang segalanya telah terserlah dan nyata – begitu lah liciknya percaturan yang dibuat oleh DAP mempergunakan  orang-orang Melayu  yang hatinya sentiasa dijajah tanpa mereka mengira  setiap perbuatan yang mereka perjuangkan atas dasar DAP adalah satu perbuatan yang amat memalukan kerana mereka bersama-sama  cuba mengubah sejarah, mengubah sistem perlembagaan yang sedia ada. Continue reading

Gambar Rejimen ke 10 TRM Kebanggaan PAS dan Fakta sebenar kejadian

Oleh rmf

Inilah gambar tentera rejimen ke 10 TRM- yang mana bergabung dengan Cina komunis untuk menyerang Bali Polis Bukit Kepong: Inilah Pahlawan yang dibanggakan oleh Mat Sabu dan juga penyokong PAS yang meragut nyawa anggota Polis dalam tragedi Bukit Kepong. Mereka ini adalah Pahlawan PAS. Dengan demikian kita boleh menilai sekarang arah perjuangan PAS yang sebenarnya.

DAP dan Mat Sabu telah menyelewengkan fakta sebenar Tragedi serangan Bukit Kepong daripada fakta sebenar. Mereka melakukan itu semua agar rakyat terutamanya orang Melayu bersimpati dengan perjuangan komunis yang menjadi ikutan DAP selama ini. Mereka sedaya upaya ingin mempengaruhi minda orang Melayu agar berpatahbalik menyokong perjuangan komunis dan memperlekehkan perjuang perajurit dan Polis kita. Continue reading

Demi DAP- PAS Penyokong Komunis!!

Oleh rmf

Khas untuk Mat Sabu dan PARTI PAS PENYOKONG KOMUNIS

Saya paparkan semua gambar PAHLAWAN NEGARA dan Kesan Mayat dibakar oleh Komunis dalam Tragedi Bukit Kepong.

Kini saya telah dapat  butiran sejarah YANG SEBENAR serta gambar  mereka yang terkorban didalam tragedi tersebut- tujuan saya mencari semua ini adalah untuk menyanggah  kenyataan Mat Sabu dimana dikatakan  mereka yang terkorban di Bukit Kepunga adalah bukannya  dari pasukan Polis  yang berbangsa Melayu. pautan

Mungkin agak lewat saya memaparkan respon saya terhadap isu  kenyataan Mat Sabu yang telah dikeluarkan  dimana menyatakan bahawa  mereka yang terkorban didalam tragedi Bukit  Kepong adalh pengkhianat pada Negara  dan menyatakan sebaliknya bahawa Mat Indera dan 200 oarang komunis adalah pahlawan bagi tanah air ini. Bangsat!! inilah perkataan yang terkeluar dari lubuk hati saya kepada Mat Sabu. Demi survival politik kamu sanggup lakukan apa sahaja..Walaupun terpaksa menjual maruah dan sejarah negara kamu. Continue reading

UMNO: Inilah masanya!!!

Oleh rmf

Situasi politik negara masa kini merupakan masa paling baik dan sesuai bagi rakyat membuat perubahan dalam  pilihan raya diadakan. Oleh yang demikian apa juga saranan untuk semua pihak dikalangan UMNO begerak lebih giat lagi  dalam melancarkan perang saraf atau terus memacu kepimpinan dan perjuangan sehingga ke paras akar umbi seharusnya dilakukan sekarang, bukan hanya menunggu masa  yang singkat baru memulakan gerak kerja. Continue reading

Anwar: Nak Bersumpah Takut Kena Panah Petir

Oleh rmf

Kalau la badak  ada melintas semasa isu liwat anwar ini, maka dengan badak badak juga akan terpalit, erti katanya.. apa juga yang terlintas dalam perut Anwar adalah saksi, akan tetapi  dalam keangkuhan dan keistimewaannya sebagai OKT dia merasai kebebasan yang mutlak yang tiada mana mana  orang lain dapat. Hari ini kita diperlihatkan bagaimana  Anwar  tidak mahu memberikan keterangan secara bersumpah mengikut kebiasaan yang  dilakukan didalam mahkamah. Dia buat apa yang dia suka  seumpama Negara , undang-undang didalam negara ini BAPAK DIA PUNYA.

Mahkamah hari ini bertukar jadi tempat melepaskan geram Anwar Ibrahim kepada pihak-pihak yang dituduhnya berkonspirasi untuk mengenakan dia dalam hal meliwat Saiful Bukhari pada June 2008.  Habis semua orang, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang dah bersara hampir 10 tahun pun diseretnya sekali. Continue reading

Cyberwar!!Cytroo-Bersih-Anonymous-UMB

oleh rmf

Skrip tetap sama, apa yang berlaku di Mesir , Libya, Syria, Iraq, Lubnan adalah pilihan yang diidiamkan oleh pembangkang. REVOLUSI

Bermula 1997 lagi, riak riak perpecahan telah kian terserlah- Namum kerajaan cuba dan sedaya upaya mahukan ianya tidak berlaku- nasihat tehadap parti parti serpihan  di dalam Negara ini diberikan agar setiap apa yang dilakikan oleh kerajaan tidak dipolitikkan sehingga ianya menjadi polimek politik. Kita sedar bahawa pembangkang adalah pengimbang segalanya didalam arus politik tanah air. Akan tetapi biarlah ianya  dilakukan dengan cara yang behemah dan berilmiah. Dulu pembangkang amat disegani oleh pihak kerajaan tetapi kini mereka (pembangkang ) tak ubah seperti  musuh didalam negara sendiri. Malaysia kini diancam dalam pelbagai sudut hanya kesedaran sahaja yang akan dapat mengatasi segalanya. Continue reading

Wajib Tengok!! Video penuh DUMC-Nauzubillah

Oleh rmf

Apa lagi yang kita ingin harapkan daripada PAS, Dari sebuah parti yang  dikatakan membela Islam dengan slogan dan cita cita untuk menubuhkan Negara Islam , undang undang hudud kini telah beralih arah kepada  Negara kebajikan. Dalam masa yang sama kita juga dapat melihat betapa rakusnya mereka mengejar undi DAP PKR  didalam pilihanrayakan datang sehingga kan mereka sanggup melacurkan agama. Dalam peristiwa terbaru yang berlaku di Shah Alam kita dapat melihat bagaimana Mustaffa terang terang menyalahkan orang lain iaitu UMNO dalam isu murtad  di DUMC – Apakah PAS telah buta hati dan perasaan untuk tidak berjuang membertahankan aqidah umat Islam didalam upacara “Saudara Baru”  tersebut malahan mereka secara terangan telah menyalahkan Jais .  Sekarang Allah memberikan kita akal dan fikiran untuk melihat secara dalam siapakah PAS yang sebenarnya. Tolak PAS bermakna kita  akan meyelamatkan Islam dari diperdagangkan oleh PAS. TOLAK PAS dalam PRU 13.  Musuh Islam No 1. Continue reading

MESTI BACA!!PAS / PKR Sokong Murtad: Rupanya DUMC ………………….

Oleh rmf

Hambik ko PAS rupanya  berubah ideologi perjuangan hanya untuk sokonga gereja..

Semalam sepatutnya PAS bertemu denganb pihak gereja haram DUMC dan JAIS seperti diumumkan Haji Hadi, tetapi tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya bukan saja Mat Sabu sudah konar baring dan akan tunggu laporan JAIS untuk menentukan ada tindakan memurtadkan, Tuanku Sultan pun sudah menegur PAS yang sebagai parti politik tidak layak jumpa JAIS. Tuanku sendiri sentiasa berhubung dengan JAIS dalam hal ini. perlu Continue reading

DS Najib !!! Mana Jumpa Budak ni?

Oleh rmf

Haiyyyy … mau ku lempang aje budak seko ni…

Dato seri Najib, kalu pilih Menteri dengan Timbalam Menteri tu .. diteropong la arah tujuan diorang ni, bukan semua nya ikut dasar kerajaan. Mana Dato Seri jumpa budak seko ni.. Pro pembangkang ka pun.. elok elok la cari jalan keluar untuk budak seko ni Dato Seri, nati  esok esok naik Menteri pulak semua dan diubahnya.. maklum la baru naik Timbalan dah mula naik tocang, Jadi Dato Seri Najib pikir la mana mana ahli Parlimen  cam Menantu tu.dan mana mana Timbalan yang agak agak  tak boleh pakai tu…. tak payah la nak simpan lagi, suka sangat bagi peluru kat pembangkang suruh tembak umno. Jadi pikirkan yang terbaik untuk kerajaan.. yang mana tak payah tu… bekukan ajer.. sekarang bukan masa nak jaga perasaan  nya.. Continue reading