Oleh rmf

 

Biarlah video sajak dibawah ini menceritakan betapa  getirnya para peneroka yang pertama  membuka hutan untuk dijadikan ladang ladang sebagaimana sedia ada sekarang dengan hanya berbekalkan tulang empat kerat.

FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegipokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 .

Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.

Sejak pengambilan peserta Felda, maka bermula lah penerokaan hutan yang mana  hanya menggunakan parang dan kapak tanpa ada jentera yang meringankan beban penerokaan.

Sajak “aku adalah Peneroka ” adalah menceritakan kisah pahit maung yang dihadapi oleh peneroka dimasa proses pembukaan tanah dengan kudrat empat kerat. Disini bermulanya kisah suka duka  sedih dan derita  para peneroka untuk menjadikan FELDA sebagai satu agensi yang ulang dan berkembang pesat sehingga sekarang.

Marilah kita bersama sama mendengar nukilan sajak “Aku Adalah Peneroka” Didekliminasikan dengan penuh penjiwaan sehingga kita menitiskan air mata.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.